ENTRI TIDAK BERTARIKH

Band Remaja Islam Menyanyikan Lagu Pukimak



Cari video clip band Naratu bertajuk PUKIMAK dan nilai sendiri.
Muzik 'hardcore' tidak salah kerana setiap genre muzik itu positif jika disampaikan secara positif.

Nilai lirik di dalam lagu Pukimak ini menerusi:
1. Perspektif nilai dan adab Islamiah.
2. Perspektif ketatasusilaan bangsa Melayu.

Lirik lagu ini berulang-ulang kali menyebut bahkan menjeritkan " Pukimak kau..babi..anjing..". Bukan sekali dijeritkan, tetapi lebih dari 3-4 kali di sepanjang lagu. Sementara band memainkan muzik 'hardcore' dan si vokalis menjeritkan senikata, pengunjung-pengunjung gig yang 99% remaja-remaja Melayu turut menjerit senikata keramat itu dengan penuh bersemangat " Pukimak kau..babi..anjing.." sambil melompat terkinja-kinja.

Mungkin mereka mengatakan maksud lirik lagu tersebut adalah untuk mengutuk kejahatan sesuatu pihak misalnya, tetapi phrasa " Pukimak kau..babi..anjing.." itu sangat berbisa, pedih, jelik, kotor dan menyakitkan telinga individu rasional yang mendengarnya.

Bayangkan, seorang Islam itu solat lima waktu dia tak tinggal, puasa tak tinggal, solat maghrib berjemaah di masjid tak tinggal tetapi suka menyebut "Pukimak..babi..anjing..". Tak ke pelik ?

Bagi remaja-remaja Islam yang menepuk dada tanya Iman akan mengatakan perbuatan ini bercanggah dengan nilai adab dan akhlak seorang Muslim, tetapi bagi remaja-remaja Melayu liberal yang biasa mencarut memaki hamun, lirik lagu ini mungkin dianggap sebagai benda biasa.

Bayangkan, jika Nabi Muhammad masih hidup pada masa kini dan melihat band yang dianggotai remaja-remaja Islam menjerit-jeritkan lirik carutan sebegini sambil terkinja-kinja, apakah perasaan baginda agaknya ?

Tidak hairan mengapa kanak-kanak bawah 12 tahun pun sudah pandai menyebut Pukimak, sebab ia dianggap biasa oleh sesetengah golongan.