ENTRI TIDAK BERTARIKH

Awek Candid Pakai Sendat Di Bulan Ramadhan


Katanya dia berpuasa....tapi, selamba pakai sendat ketat sana-sini..
Puasa jenis apa entah..?

Apabila Melayu Main Pegang Tangan Di Khalayak Ramai..



Laki bini peluk, pegang tangan di depan khalayak.....menimbulkan fitnah juga...!!

Boikot McD Itu Wajib Atau Pilihan ?



Jangan cakap pada aku pasal kempen bermati-matian memBOIKOT McDonald sebagai tanda memboikot Israel. Sedangkan anda memBOIKOT McD sahaja....tetapi pada masa yang sama menggunakan dan menyokong BANYAK produk-produk Amerika/Israel yang lain atas alasan itu semua adalah suatu keperluan dan kehendak yang "sudah menjadi ketagihan". Itu namanya boikot sekerat-sekerat...


Facebook
Berapa ratus ribu Melayu dan umat Islam menggunakan Facebook di Malaysia dan dunia, sedangkan sudah nyata pengasas dan pemiliknya adalah seorang YAHUDI (Jewish). Ada yang memberi alasan bahawa diHARUSkan menggunakan Facebook demi dakwah dan kebaikan agama walaupun ianya produk orang Yahudi sekalipun. Tetapi, adakah majoriti umat Melayu di Malaysia menggunakannya untuk tujuan sebegitu ? Facebook sebaliknya jauh lebih banyak digunakan untuk berbual kosong, bersosial, berchatting, bergurau-senda, mengurat, mengumpat, memfitnah, bergosip, mendedah aurat......berbanding tujuan dakwah. Bahkan Facebook mampu melalaikan umat dari ibadat.

Tidakkah anda patut rasakan memBOIKOT Facebook lebih wajar berbanding McD ?


Youtube
Sedarkah anda Youtube telah bersikap tidak adil dan mengambil sikap tidak peduli di atas penyiaran video "Innocent Of Muslim" yang menghina Nabi Muhammad. Walaupun mereka telah melihat bantahan dan reaksi marah umat Islam seluruh dunia, Youtube  masih berdegil tidak membuang dan menapis video tersebut !!

Sebaliknya, di Malaysia golongan yang kononnya memboikot McD pula sering melayari video clip artis kegemaran yang di-upload di Youtube. Ada juga golongan yang menonton ceramah ustaz-ustaz terkenal di Youtube. Alasan mengapa tidak diboikot ialah kerana terdapat banyak kegunaan kepada mereka.

Tidakkah anda patut rasakan memBOIKOT Youtube lebih wajar berbanding McD ?


Anda tiada masalah memboikot McD kerana anda 'tidak memerlukannya'...
Anda tidak sanggup memboikot Facebook dan Youtube kerana anda 'memerlukannya'...??


 ....................................................................
Jika anda mahu memboikot McD...
Jangan marah jika nampak ada orang Melayu beli dan makan di sana...
Jika anda pula tak boikot McD..
Jangan marah jika ada orang mahu memboikotnya..



Sekian.

Bank "Siti Bank" Bank Mengamal Dasar Diskriminasi

Saya mengajak korang untuk memboikot sebuah bank ini.  Sebuah bank international, bank asing yang bertapak di Malaysia. Cukuplah aku memberi klunya "Siti Bank".

Mendengar sebuah bank antarabangsa ternama yang sudah lama bertapak di Malaysia seperti HSBC dan Standard Charted, 'rakyat biasa' seperti saya dan anda akan terfikir kononnya "Cik Siti Bank" ini adalah sebuah bank antarabangsa yang dibuka untuk semua rakyat Malaysia tanpa sebarang diskriminasi terhadap pelanggan tertentu. Sesiapa sahaja asalkan bukan penjenayah buruan polis boleh membuka akaun simpanan peribadi dan menyimpan wang di bank tersebut. Namun,  berdasarkan pengalaman peribadi seorang rakan, bank ini ternyata mengamalkan "polisi pilih pelanggan" iaitu ia memilih bulu akan siapa yang dirasakan layak membuka akaun di cawangan-cawangan banknya.

Pengawai-pegawai bank yang melayan permohonan kita pada peringkat awal pun sudah nampak usaha untuk menapis siapa pelanggan yang mereka mahukan. Terutama sekali, jika anda datang ke bank Cik Siti ini dengan pemakaian gaya jalanan rakyat bawahan ataupun penampilan tiada rupa seorang ahli biness atau golongan pro, ditambah lagi kebetulan pula raut wajah anda pada persepsi para pegawai mereka kelihatan seperti seorang mat rempit atau mat kampung, maka mereka akan perlahan-lahan cuba me'reject' anda secara senyap. Bagaimana caranya ? Di dalam soalan temubual di bilik permohonan, mereka akan menyoal anda dalam nada yang curiga dan melemparkan ayat-ayat yang mempersoalkan tindakan anda yang ingin membuka akaun simpanan di bank mereka yang kononnya berkelas tinggi itu dan kenapa tidak sahaja anda membuka akaun simpanan di bank-bank lain yang melambak-lambak di luar sana. Kenapa mesti anda pilih Cik Siti Bank ??  Membaca ayat mereka secara psikologi, anda akan dapat merasa yang mereka memandang rendah pada anda sebagai pelanggan seolah anda tiada kelas untuk membuka akaun di bank antarabangsa mereka.

Jika anda membaca iklan di laman web mereka, anda akan mendapati bank ini tiada banyak beza dengan bank komersial yang lain yang mudah didekati untuk urusan membuka akaun simpanan. Tiada pula dinyatakan bahawa Cik Siti Bank ini khas untuk ahli bisnes atau korporat sahaja. Syarat yang dinyatakan untuk membuka sebuah akaun simpanan peribadi asas pun sangat ringkas iaitu dengan depositi yang sedikit asalkan  memiliki Mykad dan tinggal tetap di lokasi semasa. Namun, apabila anda pergi berurusan seara berdepan dengan pegawai mereka, anda akan dapat merasakan yang pegawai-pegawai mereka yang majoritinya berbangsa Cina memang memilih bulu terhadap pelanggan. Tidak seperti bank-bank komersial lain yang boleh mendapat akaun beberapa minit setelah memohon, sebaliknya di Cik Siti Bank, untuk diizinkan layak membuka akaun simpanan anda harus menunggu selama 3-5 hari. Sanggupkah anda menerima panggilan dari sebuah bank dan mendengar keputusan bahawa permohonan membuka akaun anda telah di'reject' ? Bukankah itu amat memalukan ? Ini membuktikan Cik Siti  sangat cerewet dan memilih bulu.


Kesimpulannya, jika anda mahu berurusan dengan Cik Siti, sila check diri anda dahulu, pertama sekali jika anda seorang Melayu dan anda berpewatakan kekampungan (walaupun duit anda berlori-lori) dan tidak termasuk dalam golongan keparat korporat pada pandangan pegawai-pegawai mereka, maka anda wajar lupakan sahaja Cik Siti Bank kerana anda mungkin akan sakit hati.

Facebook Produk Yahudi Sama Seperti One Israel

Anda gemar menggunakan Facebook ? Anda patut tahu individu ini. Mark Zuckerberg. Beliau adalah pengasas laman sosial Facebook yang digilai anak-anak muda Islam sekarang. Tahukah anda bahawa beliau adalah seorang Yahudi Amerika ? Ini bukan spekulasi, ini betul punya.



Maka, secara rasminya Facebook itu adalah sebuah produk teknologi bangsa Yahudi dan sudah pasti di dalamnya ada agenda-agenda tersembunyi Yahudi. Bukan Mark seorang sahaja, individu Yahudi di sebalik Facebook, malah ada beberapa lagi orang kuat. Namun, pasti ramai anda di luar sana mempertikaikan entri ini bukan ? Tidak percaya sila rujuk link ini untuk lebih info: (link ini)

Jika 1 Malaysia dikritik kerana meniru istilah One Israel (Yahudi), maka isu Facebook ini juga wajar diambil berat oleh warga-warga Islam di Malaysia, kerana terang-terangan kita sudah tahu anak-anak Yahudi (Jews) berdiri teguh dibelakang laman sosial ini. Kaum Yahudi di dunia telah melahirkan rasa amat bangga dengan kemunculan produk teknologi hasil anak bangsa Yahudi yang diharapkan mampu menaikkan nama Yahudi di mata dunia dan menyebarkan pengaruh Yahudi dengan lebih mudah melalui jaringan sosial yang ada. Sebenarnya Facebook lebih wajar diragui dan dibimbangi umat Islam di Malaysia.

Realiti di Malaysia. Ramai umat Islam di Malaysia telah tahu fakta ini tetapi menolak untuk mempercayainya dan ramai juga yang menutup sebelah mata kononnya cuba mencari kebaikan di sebalik Facebook produk Yahudi ini. Sebaliknya, mereka tidak mahu pula mencari kebaikan di sebalik istilah 1 Malaysia. Yang amat mengejutkan, para ulama' dan ustaz di Malaysia ramai memiliki dan aktif menggunakan Facebook. Pasti anda tahu siapa mereka.

Antara alasan yang diberikan untuk menampakkan Facebook itu halal digunakan umat Islam ialah pendapat bahawa menggunakan idea dan produk Yahudi tidak menjadikan kita seorang Yahudi ataupun menggunakan idea Yahudi tidak bermakna kita menyokong usaha Yahudi. Namun, bukankah dengan menggunakan Facebook tidak mengira apa tujuan pun telah membantu penjanaan ekonomi Facebook yang akan disalurkan kepada agenda-agenda Yahudi sedunia ? Yahudi bangga jika ramai umat Islam menggunakan idea dan produknya.

Mengapa di Malaysia sentimen terhadap 1 Malaysia = One Israel tidak sama dengan sentimen terhadap kewujudan Facebook yang semakin digilai ? Ya, kerana ramai umat Islam di Malaysia (cannot resist) tidak dapat menahan diri dari meninggalkan Facebook yang amat menyeronokkan itu. Lantaklah Facebook itu produk Yahudi.

Kebebasan AKADEMIK atau kebebasan POLITIK ?



6 tuntutan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS). Perkataan AKADEMIK ditekankan di situ. Namun adakah makna tersirat di sebalik keseluruhan 6 tuntutan tersebut benar-benar bersifat AKADEMIK dan 100% berkepentingan AKADEMIK ?

1. Mansuhkan AUKU.
Darah-darah muda yang masih penuh dengan sikap memberontak yang tidak mahu dibelenggu dikawal-kawal tingkahlaku mereka di dalam kampus. Jika dilihat secara positif, AUKU ini perlu untuk mengawal disiplin siswa yang bermacam-macam ragam dan memastikan siswa fokus datang ke kampus untuk menyempurnakan amanah belajar tanpa melencong kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan siswa. Bagi siwa yang fokus dengan tujuan belajar AUKU bukannya satu penghalang untuk cemerlang, cuma bagi siswa yang mahu bebas berpolitik sahaja merasakan AUKU ini sebagai road-block.

2. Bebaskan ilmuan berakademik
Yang ini nampak AKADEMIK. Bebas menimba ilmu baru dan yang pelbagai tanpa sekatan. Bebas membincang dan membuat kajian untuk meneroka ilmu dan menambah-baik skop ilmu pengetahuan sedia ada. Asalkan bukan bebas mencipta dan mencuba ilmu-ilmu yang menyesatkan dan memudaratkan negara. Perbincangan isu politik bukan secara emosional dibenarkan. Sokong.

3. Bebaskan mahasiswa bersuara.
Yang ini dari satu sudut nampak AKADEMIK iaitu kebebasan bersuara untuk mengetengahkan idea-idea bernas, berkongsi ilmu dengan masyarakat luar kampus dan memberikan komen-komen membina dalam memperbaiki keadaan. Dari sudut tersembunyi pula, kebebasan sebenar yang dituntut mahasiswa ini adalah kebebasan untuk berdemonstrasi dan berhimpun di jalan-jalan dan lokasi-lokasi awam kononnya secara bertamadun tetapi tidak kisah soal kesesakan dan kerimasan masyarakat sekitar yang mungkin timbul. Khususnya bersuara di dalam perhimpunan yang bermotifkan politik kepartian dan yang menghentam kerajaan tanpa cuba disuraikan oleh polis dengan semburan air dan gas pemedih mata.

4. Bebaskan Mahasiswa mengurus pilihanraya kampus.
Habis SPM atau STPM, dapat pula masuk Universiti apa tujuan utamanya ? Memfokuskan diri terhadap pelajaran atau ingin mengabdikan diri pada aktiviti berpolitik ? Pilihanraya kampus adalah sebagai pendedahan awal kepada sistem pilihanraya sebenar di luar. Namun begitu, sifat dan semangat kepartian politik dalam kampus tidak boleh sama mencontohi politik kepartian sebenar di luar. Belum lagi. Ini kerana politik kampus adalah proses belajar dan mesti disesuaikan dengan persekitaran belajar. Tidak boleh secara obses dan fanatik. Buruk padahnya, jika politik kampus terbawa-bawa susana permusuhan politik seperti di luar. Berkemungkinan besar akan berlaku perlagaan dan kebencian di antara mahasiswa-mahasiswa akibat fahaman politik yang berbeza. Akhirnya ramai mahasiswa akan hilang fokus dalam pelajaran mereka. Pilihanraya kampus wajar ada kawalan dan tidak boleh diserahkan bulat-bulat kepada darah-darah muda.

5. Bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti.
Rasanya ada banyak kelab dan persatuan yang bersifat akademik, kesukanan dan beruniform di mana-mana universiti dan setiap persatuan ini diletakkan di bawah seliaan pegawai yang dilantik Universiti. Biasalah, untuk menjamin kualiti dan memastikan prosedur-prosedur berjalan. Jika ada siswa mahu menubuhkan satu persatuan yang baru mestilah diketahui dan diselidik oleh pentadbir universiti. Jika dibiarkan mana-mana siswa menubuh dan mentadbir persatuan mereka sesuka hati, dibimbangi ada kelompok siswa yang akan melakukan aktiviti yang 'mengarut-ngarut' dan akhirnya merosakkan imej Universiti. Sesebuah Universiti ada dekan dan para pentabirnya, ianya adalah sebuah organisasi besar yang berprotokol, maka mereka berhak menetapkan peraturan dan mengawal segala aktiviti di dalamnya bagi tujuan keseragaman dan kualiti. Seperti sebuah syarikat besar, takkan sewenang-wenang akan membenarkan pekerja-pekerjanya menubuh dan mentadbir apa-apa persatuan tanpa kawalan. Rosaklah syarikat jika sebegitu rupa.

6. Bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik.
Ha ! Antara 6 perkara tadi inilah sebenarnya main-point mereka. Golongan mahasiswa ini sudah tidak sabar lagi mahu menjebakkan diri ke dalam arena politik negara yang sebenar. Mereka mahu kebebasan memakai T-shirt berlogo PAS atau gambar Anwar di dalam asrama dan ke dewan kuliah tanpa ditahan oleh pihak berkuasa Universiti. Mereka juga mahu kebebasan menubuhkan kelab siswa penyokong UMNO, penyokong Pasti Islam Semalaysia atau kelab siswa AIC di dalam kampus tanpa sebarang sekatan. Mereka sudah pasti ingin siri reformasi Anwar turut dibenar dibawa ke dalam kawasan kampus dan disertai oleh siswa yang berminat. Apabila pilihanraya umum semakin tiba, siswa-siswa dahaga politik ini tidak sabar-sabar mahu membantu parti politik sokongan mereka berkempen di luar dan membawa risalah-risalah PAS,PKR,DAP atau UMNO ke dalam kampus.

Di antara 6 perkara yang dituntut, hanya 2 sahaja yang dipercayai berkepentingan AKADEMIK, 4 yang lainnya adalah lebih berat ke arah POLITIK.

Siswa-siswa Melayu memang panas berpolitik di kampus, tapi bila dalam bab prestasi Akademik tidak panas pun, rata-rata mereka sederhana dan cukup-cukup makan sahaja. Sebaliknya, siswa bukan Melayu (Cina khususnya) berpolitik kampus sikit-sikit sahaja dan ramai yang tidak mahu terlibat terus dengan politik, tetapi rata-rata mereka mendapat CGPA yang tinggi dan cemerlang. Siswa Melayu cemerlang AKADEMIK di mana ? Jika ada pun, perempuan. Yang lelaki cukup makan sahaja. Lihat sendiri di hari konvokesyen.

Realiti di Malaysia, di dalam POLITIK Malaysia, orang Melayu memang lantang dan kuat, tetapi di dalam bab ekonomi, pendidikan dan professionalisme sangat lemah. Tetapi bangsa lain (Cina khususnya) di dalam POLITIK Malaysia mereka tidak sekuat Melayu, tetapi bidang ekonomi mereka kuasai dan survival hidup mereka sangat hebat.

Adam Adli Bakal Cikgu Yang Tidak Professional.


Budak UPSI (Universiti PerGURUAN Sultan Idris) pangkat adik ini dianggap HERO bagi beberapa golongan mahasiswa. Bakal CIKGU yang belum habis belajar ini 'dipuji' kerana tindakan beraninya menurunkan bendera gambar PM Malaysia di PWTC.

Perbuatan menurunkan bendera gambar Dato' Seri Najib itu sendiri sudah terang-terangan menunjukkan 'si bakal GURU yang belum habis amanah belajar' ini terlalu rebel dan sangat selamba me-visual-kan naluri pemberontakannya terhadap kerajaan. Wajarkah beliau terlalu selamba mempamerkan keingginan memberontaknya secara terang-terangan ? Tak takut makan diri ?

1. Budak UPSI ini baru berumur 22 tahun, Ya Allah ! Umur sebaya adik-adik lagi. Sangat muda dan mentah untuk terlibat secara langsung di dalam unsur politik luar kampus. Budak seusia ini seharusnya mengutamakan menghabiskan pelajarannya setekun mungkin, mematangkan diri dengan pengalaman hidup bekerjaya dan mencari pengalaman secukupnya sebelum bersedia memperjuangkan fahaman politik dan menentang parti politik tertentu. Mahu berpolitik harus bersedia dengan ilmu, kematangan akal, emosi dan pengalaman barulah ada kewibawaan.

2. Budak ini masih berstatus pelajar Universiti yang pengajiannya dibantu oleh duit pinjam PTPTN yang perlu dibayar balik. Maknanya, beliau ada amanah untuk menyempurnakan pengajiannya di UPSI sehingga habis dan mengelakkan dirinya dari melakukan perkara-perkara BODOH yang memakan diri sehingga boleh menyebabkan beliau dibuang atau digantung. Malah jika beliau lebih mengutamakan pengajiannya dan mendapat CGPA cemerlang, bayaran PTPTN beliau akan dikurangkan. Meringankan beban mak bapak.

3. Budak UPSI ini adalah bakal GURU. Macam mana seorang bakal GURU berani menurunkan bendera gambar Perdana Menteri sesuka hati secara terbuka di suatu tempat ? Ini menggambarkan tindakan yang emosional dan langsung tidak professional. Sebagai GURU beliau harus bersikap professional dengan tidak menunjukkan secara melampau sikap protes dan bangkangannya terhadap mana-mana parti politik (walaupun di dalam hatinya wujud sebegitu). Jika awal-awal lagi budak UPSI ini sudah berani menghina Perdana Menteri, ini menunjukkan beliau tidak layak menjadi penjawat awam yang professional.

Setiap individu GURU di Malaysia pasti mempunyai sokongan terhadap parti politik tertentu, tetapi sifat kerjaya GURU memerlukan professionalisme dan sikap berkecuali. Sebagai contoh, seorang guru tidak berpuas hati pada YB Khalid Ibrahim (MB Selangor), dia singgah di sebuah pejabat pos lalu ternampak gambar MB Selangor pada dinding. Dia dengan selamba terus mencabut gambar YB Khalid dan kemudian meludah ke atas gambar itu sambil dilihat oleh staf-staf pejabat pos yang lain. Adakah tindakan itu wajar sebagai seorang GURU ?

Maaf, budak UPSI seorang ini nampaknya lebih layak menjadi GURU persendirian atau sekolah swasta daripada menjadi GURU sekolah kerajaan kerana dia sangat tidak professional. Ditakuti nanti di sekolah, golongan GURU sebegini berani pula menyemai kebencian terhadap pemimpin negara di kalangan murid-murid kecil ataupun melawan kredibiliti guru besar.

Sepatutnya, belajar kasi habis ijazah dahulu tanpa cuba buat benda-benda 'bodoh', kemudian cari kerjaya yang kukuh. Lepas tu kalau nak berpolitik, berpolitiklah kau gila-gila.....baru berkelayakan dan berwibawa. Hendak jadi ahli politik pun boleh.

Hukum Melihat Zakar Lelaki Lain



Ramai yang tahu bahawa Aurat wanita haram dilihat oleh lelaki bukan muhrim dan perempuan lain. Bagaimana pula dengan aurat lelaki ? Bolehkah aurat seorang lelaki dilihat oleh lelaki lain ?

Contohnya, halalkah seorang lelaki melihat zakar lelaki lain ?

Dalam acara bina badan dan sukan bola sepak, walaupun zakar-zakar atlit tidak didedahkan tetapi lutut dan peha mereka telah ditayangkan secara terbuka. Bukankah ternyata mereka telah berdosa mendedahkan aurat ? Aurat tetap aurat, bukan ?

Tapi, kalau tengok gambar di atas, acara bina badan ini diadakan di Kelantan. Pada kain rentang ada gambar Tok Guru Nik Aziz lagi tu. Bercanggah. Nampaknya kerajaan PAS pun ada terlepas pandang.

Band Remaja Islam Menyanyikan Lagu Pukimak



Cari video clip band Naratu bertajuk PUKIMAK dan nilai sendiri.
Muzik 'hardcore' tidak salah kerana setiap genre muzik itu positif jika disampaikan secara positif.

Nilai lirik di dalam lagu Pukimak ini menerusi:
1. Perspektif nilai dan adab Islamiah.
2. Perspektif ketatasusilaan bangsa Melayu.

Lirik lagu ini berulang-ulang kali menyebut bahkan menjeritkan " Pukimak kau..babi..anjing..". Bukan sekali dijeritkan, tetapi lebih dari 3-4 kali di sepanjang lagu. Sementara band memainkan muzik 'hardcore' dan si vokalis menjeritkan senikata, pengunjung-pengunjung gig yang 99% remaja-remaja Melayu turut menjerit senikata keramat itu dengan penuh bersemangat " Pukimak kau..babi..anjing.." sambil melompat terkinja-kinja.

Mungkin mereka mengatakan maksud lirik lagu tersebut adalah untuk mengutuk kejahatan sesuatu pihak misalnya, tetapi phrasa " Pukimak kau..babi..anjing.." itu sangat berbisa, pedih, jelik, kotor dan menyakitkan telinga individu rasional yang mendengarnya.

Bayangkan, seorang Islam itu solat lima waktu dia tak tinggal, puasa tak tinggal, solat maghrib berjemaah di masjid tak tinggal tetapi suka menyebut "Pukimak..babi..anjing..". Tak ke pelik ?

Bagi remaja-remaja Islam yang menepuk dada tanya Iman akan mengatakan perbuatan ini bercanggah dengan nilai adab dan akhlak seorang Muslim, tetapi bagi remaja-remaja Melayu liberal yang biasa mencarut memaki hamun, lirik lagu ini mungkin dianggap sebagai benda biasa.

Bayangkan, jika Nabi Muhammad masih hidup pada masa kini dan melihat band yang dianggotai remaja-remaja Islam menjerit-jeritkan lirik carutan sebegini sambil terkinja-kinja, apakah perasaan baginda agaknya ?

Tidak hairan mengapa kanak-kanak bawah 12 tahun pun sudah pandai menyebut Pukimak, sebab ia dianggap biasa oleh sesetengah golongan.

Ramai Lelaki Melayu Lupa Bahawa Lutut Mereka Aurat

Selalu tak anda lihat lelaki-lelaki Melayu pakai seluar tanggung atau shorts berjalan-jalan di tempat awam ? Betullah, Dr.M kata "Melayu mudah lupa..". Aurat sendiri pun lupa.

Tahu apa Islam kata pasal aurat lelaki ?

Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : "Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya.”.

Tetapi, apa pasal ramai lelaki Melayu kita suka pakai seluar pendek atas paras lutut bila main bola sepak dan futsal ? Takkan mereka tidak tahu langsung bab aurat lelaki di dalam Islam ? Sebenarnya mereka tahu, tetapi mereka sengaja buat pekak telinga.

Kalau perempuan wajib memelihara aurat mereka, maka kaum lelaki pun sama. Tiada alasan.

Di tempat-tempat awam pula, ramai lelaki Melayu yang suka berfesyen memakai seluar shorts bila keluar sendirian atau bersama isteri. Tahukah anda bahawa tahap kependekan seluar shorts tersebut sudah berada di tahap 'shubhah' atau 'grey area' yang bermaksud sangat hampir untuk menampakkan kedua-dua lutut yang menjadi aurat mereka.

Oleh hal yang demikian, bolehkah seluar shorts yang gemar dipakai oleh jantan-jantan Melayu stylo sekarang ini dibawa terus untuk solat di surau dan masjid ? Sudah tentu tidak boleh, kerana sudah pasti ketika ruku' dan sujud, seluar shorts mereka akan tersingkap lalu menampakkan lutut mereka. Maka, solat mereka akan batal sama sekali.

Kadang-kadang rasa kelakar bila melihat sepasang suami isteri di mana, si isterinya lengkap bertudung dan berpakaian tutup aurat, tetapi di sebelahnya, si suami pula memakai seluar shorts tanggung serta memakai rantai leher dan gelang tangan. Padanan yang macam tidak kena, lalu membuat sesiapa yang memandang terfikir "Siapa yang patut membimbing siapa sebenarnya..?".

Lelaki Melayu dewasa yang memakai seluar shorts bukan sahaja merisikokan diri menampakkan aurat lutut mereka, malah mereka turut mempamerkan imej seperti lelaki tidak matang yang terhegeh-hegeh berlagak remaja sedangkan umur sudah semakin tua.

Pernah Lihat Remaja Soleh Suka Lepak Pusat Snooker ?

Teringat satu peristiwa di bulan Ramadhan ketika ramai umat Islam sibuk bersolat tarawih. Di luar sebuah masjid, berderet kereta dan motosikal lelaki-lelaki yang berlumba-lumba mengejar pahala bersolat tarawih pada malam hari. Pada waktu yang sama, di luar sebuah pusat snooker, berbaris motosikal remaja-remaja Melayu berlumba-lumba berebut meja snooker di malam hari.

Hinggakan pada hari-hari biasa pun, terdapat budak-budak Melayu yang sanggup ponteng sekolah untuk melepak di pusat snooker bersama geng. Tidak kurang juga, Ada yang menjadikan snooker sebagai satu cara bersosial bersama rakan-rakan hampir setiap petang atau malam.


Di dalam gambar di atas, walaupun Tuan Guru mengunjungi pusat snooker atas sebab tertentu, tetapi adakah secara realiti Tuan Guru dan anak-anak beliau selalu bermain snooker di pusat snooker ? Logikkah ?
Dan pada kepercayaan anda, adakah Tuan Guru sanggup menggalakkan anak-anak muda Melayu Islam agar kerap mengunjungi pusat snooker bagi mengisi masa lapang ?

Jika hendak dilabelkan bermain snooker itu berdosa, tidak boleh. Namun, apa yang terjadi pada akhir zaman ini ialah pusat snooker sangat-sangat sinonim dengan budak-budak Melayu yang tidak tentu hala. Lebih tepat lagi, budak-budak Melayu kaki lepak yang gemar berpeleseran dan membuang masa, terutama sekali budak-budak Melayu yang malas belajar dan gemar ponteng sekolah. Amat-amat jarang dilihat , remaja-remaja baik akhlak dan Soleh menghabiskan masa berseronok di pusat snooker lebih-kebih lagi pada waktu malam. Malah dua tiga kali pandang, segelintir remaja yang ketagih snooker ini ada yang kelihatan seperti Samseng Kampung atau Mat Rempit.

"Snooker sebenarnya satu permainan sukan, tetapi entah apa sebabnya, snooker sering berkait rapat dengan minuman keras, tabiat merokok yang berleluasa, dadah, pergaulan remaja-remaja samseng dan tempat remaja-remaja yang masih bersekolah membuang masa.."

Sesungguhnya ada banyak aktiviti menyeronokkan yang lebih baik dan bermanafaat selain melepak di pusat snooker.

Ustaz Dan Doktor Pun Kaki Merokok, Habislah...

Semua perokok di Malaysia termasuklah para ustaz, bilal dan pak imam tahu bahawa merokok bukan satu tabiat yang baik dan memang tidak berpahala.

Antara bahan kimia dalam asap rokok ialah:
Nikotin: berfungsi seperti dadah menyebabkan ketagihan
Tar: benda hitam yang akan termendap dalam peparu
Karbon Monoksida: asap ekszos motosikal
Formaldehyde: bahan pengawet bangkai

Walaupun telah dikhabarkan terdapat banyak bahan kimia toksik di dalam sebatang rokok, bilangan peminat rokok tetap ramai tanpa mengira kaum, agama dan tahap pendidikan.

"Setiap perbuatan yang baik di dalam Islam dituntut agar dimulakan dengan niat kerana Allah dan lafaz Bismillah. Tetapi, ada tak sesiapa yang berani mengatakan mereka berniat menghisap rokok kerana Allah, apatah lagi berani membaca Bismillah sebelum menghisap rokok. Ini bukti mereka sebenarnya sudah sejak awal lagi mengetahui bahawa menghisap rokok itu bukanlah amalan yang disukai Allah.....tetapi mereka tetap mahu hisap"

Jika diajukan soalan " Siapakah 2 golongan perokok paling BODOH di dunia ?"

Jawapannya:

1. Perokok beragama Islam.

Pak imam, tok bilal, ustaz-ustaz pun ramai yang ketagih merokok. Pakai jubah, pakai kopiah tetapi menghembus asap rokok dengan penuh asyik. Padahal umat Islam adalah manusia yang paling patut sedar bahawa rokok itu sama haramnya dengan dadah dan meminum arak. Nyata-nyata Islam melarang umatnya melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia lain (perokok pasif) dan diri sendiri. Kerana tidak boleh menjauhi rokok, ada umat Islam yang cuba menafikan rokok itu HARAM sebaliknya hanya MAKRUH.

2. Perokok yang bekerja sebagai doktor.

Sepatutnya, selepas belajar tinggi-tinggi dalam bidang perubatan, merekalah yang patut tahu bahaya-bahaya merokok kepada kesihatan. Mereka menasihatkan orang lain supaya tidak merokok, sebaliknya mereka juga merokok.

Pandangan bahawa lelaki yang merokok kononnya akan lebih kelihatan macho dan stylo, kononnya lebih nampak sifat kejantanan sebenarnya adalah satu MITOS. Ianya hanyalah kesan psikologi, sama seperti situasi remaja yang merasa diri mereka hebat jika sengaja melanggar peraturan sekolah. Padahal, dari perspektif masyarakat yang rasional, perokok-perokok yang berasa bangga merokok ini sebenarnya sedang memperbodohkan diri mereka sendiri.