ENTRI TIDAK BERTARIKH

Adam Adli Bakal Cikgu Yang Tidak Professional.


Budak UPSI (Universiti PerGURUAN Sultan Idris) pangkat adik ini dianggap HERO bagi beberapa golongan mahasiswa. Bakal CIKGU yang belum habis belajar ini 'dipuji' kerana tindakan beraninya menurunkan bendera gambar PM Malaysia di PWTC.

Perbuatan menurunkan bendera gambar Dato' Seri Najib itu sendiri sudah terang-terangan menunjukkan 'si bakal GURU yang belum habis amanah belajar' ini terlalu rebel dan sangat selamba me-visual-kan naluri pemberontakannya terhadap kerajaan. Wajarkah beliau terlalu selamba mempamerkan keingginan memberontaknya secara terang-terangan ? Tak takut makan diri ?

1. Budak UPSI ini baru berumur 22 tahun, Ya Allah ! Umur sebaya adik-adik lagi. Sangat muda dan mentah untuk terlibat secara langsung di dalam unsur politik luar kampus. Budak seusia ini seharusnya mengutamakan menghabiskan pelajarannya setekun mungkin, mematangkan diri dengan pengalaman hidup bekerjaya dan mencari pengalaman secukupnya sebelum bersedia memperjuangkan fahaman politik dan menentang parti politik tertentu. Mahu berpolitik harus bersedia dengan ilmu, kematangan akal, emosi dan pengalaman barulah ada kewibawaan.

2. Budak ini masih berstatus pelajar Universiti yang pengajiannya dibantu oleh duit pinjam PTPTN yang perlu dibayar balik. Maknanya, beliau ada amanah untuk menyempurnakan pengajiannya di UPSI sehingga habis dan mengelakkan dirinya dari melakukan perkara-perkara BODOH yang memakan diri sehingga boleh menyebabkan beliau dibuang atau digantung. Malah jika beliau lebih mengutamakan pengajiannya dan mendapat CGPA cemerlang, bayaran PTPTN beliau akan dikurangkan. Meringankan beban mak bapak.

3. Budak UPSI ini adalah bakal GURU. Macam mana seorang bakal GURU berani menurunkan bendera gambar Perdana Menteri sesuka hati secara terbuka di suatu tempat ? Ini menggambarkan tindakan yang emosional dan langsung tidak professional. Sebagai GURU beliau harus bersikap professional dengan tidak menunjukkan secara melampau sikap protes dan bangkangannya terhadap mana-mana parti politik (walaupun di dalam hatinya wujud sebegitu). Jika awal-awal lagi budak UPSI ini sudah berani menghina Perdana Menteri, ini menunjukkan beliau tidak layak menjadi penjawat awam yang professional.

Setiap individu GURU di Malaysia pasti mempunyai sokongan terhadap parti politik tertentu, tetapi sifat kerjaya GURU memerlukan professionalisme dan sikap berkecuali. Sebagai contoh, seorang guru tidak berpuas hati pada YB Khalid Ibrahim (MB Selangor), dia singgah di sebuah pejabat pos lalu ternampak gambar MB Selangor pada dinding. Dia dengan selamba terus mencabut gambar YB Khalid dan kemudian meludah ke atas gambar itu sambil dilihat oleh staf-staf pejabat pos yang lain. Adakah tindakan itu wajar sebagai seorang GURU ?

Maaf, budak UPSI seorang ini nampaknya lebih layak menjadi GURU persendirian atau sekolah swasta daripada menjadi GURU sekolah kerajaan kerana dia sangat tidak professional. Ditakuti nanti di sekolah, golongan GURU sebegini berani pula menyemai kebencian terhadap pemimpin negara di kalangan murid-murid kecil ataupun melawan kredibiliti guru besar.

Sepatutnya, belajar kasi habis ijazah dahulu tanpa cuba buat benda-benda 'bodoh', kemudian cari kerjaya yang kukuh. Lepas tu kalau nak berpolitik, berpolitiklah kau gila-gila.....baru berkelayakan dan berwibawa. Hendak jadi ahli politik pun boleh.