ENTRI TIDAK BERTARIKH

Jika Tak Berani Sebut PUKIMAK Orang Itu Tidak Cool

Orang kita memang penterjamah yang hebat,
Orang kafir Barat lafaz MOTHERF***ER,
Orang Melayu pula lafaz PUKIMAK,

Pukimak disebut-sebut tanpa segan silu di Malaysia oleh pelbagai lapisan masyarakat dari golongan mat rempit, samseng tahi kucing hinggalah ke golongan terpelajar seperti pelajar kolej dan mahasiswa, malah juga disebut oleh golongan berkerjaya professional pada zaman ini dengan alasan perkataan pukimak itu adalah wacana atau bunga bahasa yang menyedapkan perbualan antara kawan-kawan.

Tanpa menyebut pukimak, pergaulan akan menjadi bosan dan terlalu serius. Pada mereka, seiring dengan perkembangan industri filem lucah dunia, perkataan pukimak yang ditiru daripada perkataan motherfucker itu menjadi sangat relevan pada zaman moden. Jika pukimak dan kata carutan lain yang seangkatan dengannya tidak disebut dalam satu hari, mereka rasa tidak best.

Persoalannya, lafaz tersebut digabungkan dari 2 perkataan iaitu Puki ( kemaluan perempuan ) + Mak ( insan yang melahirkan dan membesarkan kita) atau lebih tepat lagi 'syurga bagi seorang anak'.

" Buat lawak sebut pukimak, bila marah sebut pukimak. Puki mak siapa ? Habis ! Kau yang sebut pukimak tu ada mak tak ? Kau sedar tak kau telah menghina martabat seorang ibu ke tahap paling keji seperti pelacur setiap kali kau sebut benda tu."

Patut atau tidak patut, seseorang bersikap terbuka dan liberal terhadap amalan menyebut pukimak, sedangkan dia masih anda mak di rumah dan sekiranya maknya telah meninggal dunia, bukankah lafaz doa yang sepatutntya disebut-sebutkan bukannya lafaz pukimak ?

Teringat satu petikan dialog dalam filem Seniman Bujang Lapokarahan P.Ramlee.. "...Bahasa Itu Melambangkan Bangsa.." Jika orang Melayu sendiri sering menyebut-nyebut sebagai PUKIMAK dalam kehidupan seharian, maka Melayu apakah dia itu ?