ENTRI TIDAK BERTARIKH

Ustaz Dan Doktor Pun Kaki Merokok, Habislah...

Semua perokok di Malaysia termasuklah para ustaz, bilal dan pak imam tahu bahawa merokok bukan satu tabiat yang baik dan memang tidak berpahala.

Antara bahan kimia dalam asap rokok ialah:
Nikotin: berfungsi seperti dadah menyebabkan ketagihan
Tar: benda hitam yang akan termendap dalam peparu
Karbon Monoksida: asap ekszos motosikal
Formaldehyde: bahan pengawet bangkai

Walaupun telah dikhabarkan terdapat banyak bahan kimia toksik di dalam sebatang rokok, bilangan peminat rokok tetap ramai tanpa mengira kaum, agama dan tahap pendidikan.

"Setiap perbuatan yang baik di dalam Islam dituntut agar dimulakan dengan niat kerana Allah dan lafaz Bismillah. Tetapi, ada tak sesiapa yang berani mengatakan mereka berniat menghisap rokok kerana Allah, apatah lagi berani membaca Bismillah sebelum menghisap rokok. Ini bukti mereka sebenarnya sudah sejak awal lagi mengetahui bahawa menghisap rokok itu bukanlah amalan yang disukai Allah.....tetapi mereka tetap mahu hisap"

Jika diajukan soalan " Siapakah 2 golongan perokok paling BODOH di dunia ?"

Jawapannya:

1. Perokok beragama Islam.

Pak imam, tok bilal, ustaz-ustaz pun ramai yang ketagih merokok. Pakai jubah, pakai kopiah tetapi menghembus asap rokok dengan penuh asyik. Padahal umat Islam adalah manusia yang paling patut sedar bahawa rokok itu sama haramnya dengan dadah dan meminum arak. Nyata-nyata Islam melarang umatnya melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia lain (perokok pasif) dan diri sendiri. Kerana tidak boleh menjauhi rokok, ada umat Islam yang cuba menafikan rokok itu HARAM sebaliknya hanya MAKRUH.

2. Perokok yang bekerja sebagai doktor.

Sepatutnya, selepas belajar tinggi-tinggi dalam bidang perubatan, merekalah yang patut tahu bahaya-bahaya merokok kepada kesihatan. Mereka menasihatkan orang lain supaya tidak merokok, sebaliknya mereka juga merokok.

Pandangan bahawa lelaki yang merokok kononnya akan lebih kelihatan macho dan stylo, kononnya lebih nampak sifat kejantanan sebenarnya adalah satu MITOS. Ianya hanyalah kesan psikologi, sama seperti situasi remaja yang merasa diri mereka hebat jika sengaja melanggar peraturan sekolah. Padahal, dari perspektif masyarakat yang rasional, perokok-perokok yang berasa bangga merokok ini sebenarnya sedang memperbodohkan diri mereka sendiri.