ENTRI TIDAK BERTARIKH

Boikot McD Itu Wajib Atau Pilihan ?



Jangan cakap pada aku pasal kempen bermati-matian memBOIKOT McDonald sebagai tanda memboikot Israel. Sedangkan anda memBOIKOT McD sahaja....tetapi pada masa yang sama menggunakan dan menyokong BANYAK produk-produk Amerika/Israel yang lain atas alasan itu semua adalah suatu keperluan dan kehendak yang "sudah menjadi ketagihan". Itu namanya boikot sekerat-sekerat...


Facebook
Berapa ratus ribu Melayu dan umat Islam menggunakan Facebook di Malaysia dan dunia, sedangkan sudah nyata pengasas dan pemiliknya adalah seorang YAHUDI (Jewish). Ada yang memberi alasan bahawa diHARUSkan menggunakan Facebook demi dakwah dan kebaikan agama walaupun ianya produk orang Yahudi sekalipun. Tetapi, adakah majoriti umat Melayu di Malaysia menggunakannya untuk tujuan sebegitu ? Facebook sebaliknya jauh lebih banyak digunakan untuk berbual kosong, bersosial, berchatting, bergurau-senda, mengurat, mengumpat, memfitnah, bergosip, mendedah aurat......berbanding tujuan dakwah. Bahkan Facebook mampu melalaikan umat dari ibadat.

Tidakkah anda patut rasakan memBOIKOT Facebook lebih wajar berbanding McD ?


Youtube
Sedarkah anda Youtube telah bersikap tidak adil dan mengambil sikap tidak peduli di atas penyiaran video "Innocent Of Muslim" yang menghina Nabi Muhammad. Walaupun mereka telah melihat bantahan dan reaksi marah umat Islam seluruh dunia, Youtube  masih berdegil tidak membuang dan menapis video tersebut !!

Sebaliknya, di Malaysia golongan yang kononnya memboikot McD pula sering melayari video clip artis kegemaran yang di-upload di Youtube. Ada juga golongan yang menonton ceramah ustaz-ustaz terkenal di Youtube. Alasan mengapa tidak diboikot ialah kerana terdapat banyak kegunaan kepada mereka.

Tidakkah anda patut rasakan memBOIKOT Youtube lebih wajar berbanding McD ?


Anda tiada masalah memboikot McD kerana anda 'tidak memerlukannya'...
Anda tidak sanggup memboikot Facebook dan Youtube kerana anda 'memerlukannya'...??


 ....................................................................
Jika anda mahu memboikot McD...
Jangan marah jika nampak ada orang Melayu beli dan makan di sana...
Jika anda pula tak boikot McD..
Jangan marah jika ada orang mahu memboikotnya..



Sekian.