ENTRI TIDAK BERTARIKH

Bank "Siti Bank" Bank Mengamal Dasar Diskriminasi

Saya mengajak korang untuk memboikot sebuah bank ini.  Sebuah bank international, bank asing yang bertapak di Malaysia. Cukuplah aku memberi klunya "Siti Bank".

Mendengar sebuah bank antarabangsa ternama yang sudah lama bertapak di Malaysia seperti HSBC dan Standard Charted, 'rakyat biasa' seperti saya dan anda akan terfikir kononnya "Cik Siti Bank" ini adalah sebuah bank antarabangsa yang dibuka untuk semua rakyat Malaysia tanpa sebarang diskriminasi terhadap pelanggan tertentu. Sesiapa sahaja asalkan bukan penjenayah buruan polis boleh membuka akaun simpanan peribadi dan menyimpan wang di bank tersebut. Namun,  berdasarkan pengalaman peribadi seorang rakan, bank ini ternyata mengamalkan "polisi pilih pelanggan" iaitu ia memilih bulu akan siapa yang dirasakan layak membuka akaun di cawangan-cawangan banknya.

Pengawai-pegawai bank yang melayan permohonan kita pada peringkat awal pun sudah nampak usaha untuk menapis siapa pelanggan yang mereka mahukan. Terutama sekali, jika anda datang ke bank Cik Siti ini dengan pemakaian gaya jalanan rakyat bawahan ataupun penampilan tiada rupa seorang ahli biness atau golongan pro, ditambah lagi kebetulan pula raut wajah anda pada persepsi para pegawai mereka kelihatan seperti seorang mat rempit atau mat kampung, maka mereka akan perlahan-lahan cuba me'reject' anda secara senyap. Bagaimana caranya ? Di dalam soalan temubual di bilik permohonan, mereka akan menyoal anda dalam nada yang curiga dan melemparkan ayat-ayat yang mempersoalkan tindakan anda yang ingin membuka akaun simpanan di bank mereka yang kononnya berkelas tinggi itu dan kenapa tidak sahaja anda membuka akaun simpanan di bank-bank lain yang melambak-lambak di luar sana. Kenapa mesti anda pilih Cik Siti Bank ??  Membaca ayat mereka secara psikologi, anda akan dapat merasa yang mereka memandang rendah pada anda sebagai pelanggan seolah anda tiada kelas untuk membuka akaun di bank antarabangsa mereka.

Jika anda membaca iklan di laman web mereka, anda akan mendapati bank ini tiada banyak beza dengan bank komersial yang lain yang mudah didekati untuk urusan membuka akaun simpanan. Tiada pula dinyatakan bahawa Cik Siti Bank ini khas untuk ahli bisnes atau korporat sahaja. Syarat yang dinyatakan untuk membuka sebuah akaun simpanan peribadi asas pun sangat ringkas iaitu dengan depositi yang sedikit asalkan  memiliki Mykad dan tinggal tetap di lokasi semasa. Namun, apabila anda pergi berurusan seara berdepan dengan pegawai mereka, anda akan dapat merasakan yang pegawai-pegawai mereka yang majoritinya berbangsa Cina memang memilih bulu terhadap pelanggan. Tidak seperti bank-bank komersial lain yang boleh mendapat akaun beberapa minit setelah memohon, sebaliknya di Cik Siti Bank, untuk diizinkan layak membuka akaun simpanan anda harus menunggu selama 3-5 hari. Sanggupkah anda menerima panggilan dari sebuah bank dan mendengar keputusan bahawa permohonan membuka akaun anda telah di'reject' ? Bukankah itu amat memalukan ? Ini membuktikan Cik Siti  sangat cerewet dan memilih bulu.


Kesimpulannya, jika anda mahu berurusan dengan Cik Siti, sila check diri anda dahulu, pertama sekali jika anda seorang Melayu dan anda berpewatakan kekampungan (walaupun duit anda berlori-lori) dan tidak termasuk dalam golongan keparat korporat pada pandangan pegawai-pegawai mereka, maka anda wajar lupakan sahaja Cik Siti Bank kerana anda mungkin akan sakit hati.